Di tengah keindahan Sabah, Milas Travel Sdn Bhd terus mencari cara untuk menyampaikan keunikan destinasi pelancongan negeri itu kepada audien mereka. Dengan pakej pelancongan yang menarik, syarikat ini mahu menghasilkan video konten bermutu tinggi, yang bukan sahaja memikat tetapi juga membawa pelanggan kepada mereka. Pada 2 Disember 2024, empat orang staf Milas Travel mengambil langkah penting dengan menyertai Kelas Membina Video Berpengaruh Tinggi.
Empat peserta dari Milas Travel termasuk pengurus Milas Rental, pengurus pemasaran, dan dua pembantu pemasaran & jualan, memasuki kelas dengan mindset bahawa menghasilkan video itu sukar dan memerlukan ketelitian tinggi. Namun, pandangan ini berubah apabila mereka mempelajari teknik dalam modul ketiga, Cut & Paste.
“Saya tak pernah terfikir yang nak buat video dengan jalan cerita menarik sebenarnya mudah. Teknik ini buat saya nampak semuanya lebih jelas,” kata pengurus Milas Rental. Dua pembantu pemasaran pula mengakui, “Babak demi babak dalam video memainkan peranan penting, dan teknik ini memudahkan kami menyusunnya menjadi cerita yang menarik.”
Selepas menyertai kelas ini, perubahan besar berlaku kepada mindset dan keyakinan mereka. Apa yang dulunya dianggap sukar kini menjadi aktiviti yang mudah dan menyeronokkan. Mereka menyedari bahawa dengan teknik yang betul, menghasilkan video dengan jalan cerita menarik hanya memerlukan masa dan sedikit kreativiti.
Tekad mereka kini adalah untuk menghasilkan video konten yang lebih dekat dengan audien, dengan harapan ia dapat meningkatkan jualan dan memperkukuhkan jenama Milas Travel di pasaran.
Kelas Membina Video Berpengaruh Tinggi dirangka khusus untuk memindahkan kemahiran mencipta video yang menarik dan berimpak tinggi melalui 7 modul praktikal. Hampir 80% masa kelas dihabiskan dengan latihan yang memastikan peserta bukan sahaja memahami konsep tetapi juga mampu menghasilkan video pertama mereka dengan yakin.
Harga promosi hanya RM700 seorang (harga asal RM2,500), menjadikannya peluang terbaik untuk individu atau syarikat yang mahu memanfaatkan kekuatan video konten dalam strategi pemasaran mereka.
Pengalaman Milas Travel menunjukkan bahawa menghasilkan video konten tidak lagi perlu menjadi tugas yang menakutkan. Dengan teknik yang betul, sesiapa sahaja boleh mencipta video yang menarik perhatian audien dan membawa hasil nyata.
Klik pautan yang disediakan untuk mendaftar dan sertai Kelas Membina Video Berpengaruh Tinggi hari ini. Transformasikan cara kita bercerita, dan lihat perbezaannya dalam pemasaran!