Bayangkan tuan puan memiliki strategi pemasaran yang bukan sekadar menarik perhatian, tetapi membina kepercayaan yang mendalam dan menjadikan jenama kita sebagai pilihan utama di pasaran. Inilah hasil apabila tuan puan bekerja bersama Ahmad Mohamad Afandi, seorang arkitek pemasaran strategik yang mengubah cara perniagaan mencapai kejayaan.
Dengan pengalaman selama 9 tahun, beliau telah membantu usahawan kecil hingga syarikat besar membentuk strategi pemasaran yang berakar pada kejujuran. Beliau percaya bahawa kepercayaan pelanggan adalah aset paling berharga dalam dunia perniagaan dan inilah yang beliau cipta bersama kliennya.
Melalui teknik uniknya, Asas Marketing, Nilai Marketing, dan Hebahan Marketing, beliau membantu perniagaan bukan sahaja meningkatkan jualan, tetapi juga mengukuhkan jenama mereka. Ditambah dengan kepakarannya dalam video ads untuk Facebook, TikTok, dan Instagram, beliau memastikan mesej yang ingin disampaikan itu tepat kepada audiens yang benar-benar berminat.
Pernah merasa keliru mencari cara terbaik untuk memasarkan produk tuan puan? Tuan Hafiz, pemilik restoran Nasi Arab Tambah Kira Halal (NATKH), pernah merasakannya. Restoran beliau di Alor Setar menghadapi kejatuhan drastik, namun melalui coaching beliau, strategi pemasaran dan video konten yang mantap membantunya membina semula nama NATKH—kini sebuah jenama yang dipercayai di Puchong.
Atau lihat kisah Ustaz Hamidi, yang berasal dari dunia pendidikan menambah cabang pendapatan madrasahnya melalui perniagaan restoran dengan membuka Nasi Beryani Tembus Langit. Beliau membantunya melancarkan restoran baru dengan strategi video konten yang berjaya menarik pelanggan dari hari pertama.
Coaching bersama beliau tidak seperti yang biasa tuan puan dengar. Ia bukan sekadar teori, tetapi sebuah pengalaman hands-on yang akan membuatkan kita sama sama berfikir "mengapa saya tidak pernah nampak ini sebelum ini?".
Beliau menggunakan pendekatan kreatif yang mendorong klien berfikir jauh melangkaui cara biasa. Pendekatan ini disokong oleh kaedah De Bono, Business Like Muhammad, serta templat unik yang diciptanya sendiri. Tuan puan akan mendapat kefahaman menyeluruh, memberikan mereka keyakinan untuk melangkah ke hadapan dan menyelesaikan cabaran perniagaan dengan kreatif.
✅ Kepercayaan yang Dibina: Strategi yang disusun bukan hanya menarik perhatian, tetapi mencipta pelanggan setia yang terus percaya kepada jenama peniagaan milik kita.
✅ Jalan yang Jelas: Tuan puan akan pulang dengan kefahaman yang mendalam, menjadikan setiap langkah seterusnya lebih yakin dan teratur.
✅ Keberkesanan yang Kekal: Beliau memastikan strategi perniagaan tuan puan bukan sahaja menghasilkan jualan hari ini, tetapi mencipta kemakmuran perniagaan untuk tahun-tahun akan datang.
Misi Beliau: Membantu perniagaan berkembang dengan akhlak tinggi. Kejujuran dalam pemasaran adalah nilai yang beliau pegang kerana kepercayaan pelanggan bukan sahaja memacu jualan tetapi menjadi asas kejayaan yang berkekalan.
Visi Beliau: Melihat setiap perniagaan, tidak kira kecil atau besar, menunaikan nilai yang dijanjikan kepada pelanggan mereka. Dengan strategi yang menyeluruh dan berfokus kepada prestasi, setiap janji pemasaran akan ditepati melalui perlaksanaan strategi pemasaran yang menyeluruh.
Nilai Teras Beliau: Inovasi. Empati. Profesionalisme.
Ahmad Mohamad Afandi bukan sekadar seorang coach. Beliau adalah seorang arkitek yang akan merancang, membimbing, dan mencipta perjalanan pemasaran yang membawa anda ke tahap seterusnya.